Sunday, January 25, 2015

Experience of a lifetime.

Assalamualaikum semua!!

Moga sihat sejahtera hendaknya .

Dah lama tak menulis di blog ni. Sedikit sebanyak labah-labah mula bersarang. Hakhak. Sekarang ni aku dah berhenti tanam anggur. Sehari selepas adik-adik aku balik asrama, aku terima kerja di Frosty Delight, Setia Alam. T T. Nak menangis rasaaa. Terharu sebab doa dah makbul. Terima kasih, Allah.

Tak lama lepas tu, aku dapat whatsapp pulak daripada Pusat Tuisyen Eko Pintar, Sementa. Dapat offer untuk ajar subjek bahasa melayu untuk budak-budak sekolah rendah. Aku tersepit antara dua. Nak keje jadi cikgu ke nak kerja jual aiskrim? But frankly speaking.. gaji kat Frosty delight lagi banyak dari guru tuisyen. Tapi kalau ikut suka aku memang suka mengajar especially budak-budak. Oh my..

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan aku. Dia lah sebaik-baik penolong di kala hambaNya berada di dalam kesusahan. Tiada siapa yang mampu membantu sebaik Dia. Aku rasa sangat-sangat bersyukur sebab dapat dua-dua kerja ni.. Cumanya, penat sikit la.. aku kerja full time. Tapi untuk mula2 ni.. aku setat dari 9 pagi sampai 6 petang. Barulah aku tahu betapa penatnya orang yang bekerja macam mak ayah aku. Kat Frosty delight, aku basuh mesin, bancuh aiskrim, buat aiskrim, milkshake and so on..

Mula-mula aku tersepit antara dua.. Tapi allah mudahkan.. Dua-dua aku dapat. Hamdallah.. kadang- kadang aku fikir.. Ada hikmahnya kenapa Allah tak bagi masa bulan Disember yang lalu. Masa tu mungkin Allah nak aku jaga adik2 aku kat rumah.. Ye la. kalau tak siapa yang nak masak kat rumah? Huhuhu. (Bajet pandai masak pulak) Takat masak simple2 bolee laa. Kuikuikui.




 Mula-mula memang lah susah.. Tapi lama2 okay je.. Hihi.. Nasib baik ade kak Ria, Kak Fiza dan Husna yang banyak membantu.. Kerja cikgu tu puun,, xde lah susah sangat sebab hari jumaat je. First time aku jadi cikgu, memang serius, cuak gilak laa. Budak-budak kat situ comel2 belaka !

Sebenarnya kaaan.. aku memang tgah busy sekarang. so.. lain kalilah aku update blog yg bersemuut ni.. Hihihihi. Soooooo. Bye bye.

Au revoir. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!


No comments:

Post a Comment