Sunday, January 25, 2015

Experience of a lifetime.

Assalamualaikum semua!!

Moga sihat sejahtera hendaknya .

Dah lama tak menulis di blog ni. Sedikit sebanyak labah-labah mula bersarang. Hakhak. Sekarang ni aku dah berhenti tanam anggur. Sehari selepas adik-adik aku balik asrama, aku terima kerja di Frosty Delight, Setia Alam. T T. Nak menangis rasaaa. Terharu sebab doa dah makbul. Terima kasih, Allah.

Tak lama lepas tu, aku dapat whatsapp pulak daripada Pusat Tuisyen Eko Pintar, Sementa. Dapat offer untuk ajar subjek bahasa melayu untuk budak-budak sekolah rendah. Aku tersepit antara dua. Nak keje jadi cikgu ke nak kerja jual aiskrim? But frankly speaking.. gaji kat Frosty delight lagi banyak dari guru tuisyen. Tapi kalau ikut suka aku memang suka mengajar especially budak-budak. Oh my..

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan aku. Dia lah sebaik-baik penolong di kala hambaNya berada di dalam kesusahan. Tiada siapa yang mampu membantu sebaik Dia. Aku rasa sangat-sangat bersyukur sebab dapat dua-dua kerja ni.. Cumanya, penat sikit la.. aku kerja full time. Tapi untuk mula2 ni.. aku setat dari 9 pagi sampai 6 petang. Barulah aku tahu betapa penatnya orang yang bekerja macam mak ayah aku. Kat Frosty delight, aku basuh mesin, bancuh aiskrim, buat aiskrim, milkshake and so on..

Mula-mula aku tersepit antara dua.. Tapi allah mudahkan.. Dua-dua aku dapat. Hamdallah.. kadang- kadang aku fikir.. Ada hikmahnya kenapa Allah tak bagi masa bulan Disember yang lalu. Masa tu mungkin Allah nak aku jaga adik2 aku kat rumah.. Ye la. kalau tak siapa yang nak masak kat rumah? Huhuhu. (Bajet pandai masak pulak) Takat masak simple2 bolee laa. Kuikuikui.




 Mula-mula memang lah susah.. Tapi lama2 okay je.. Hihi.. Nasib baik ade kak Ria, Kak Fiza dan Husna yang banyak membantu.. Kerja cikgu tu puun,, xde lah susah sangat sebab hari jumaat je. First time aku jadi cikgu, memang serius, cuak gilak laa. Budak-budak kat situ comel2 belaka !

Sebenarnya kaaan.. aku memang tgah busy sekarang. so.. lain kalilah aku update blog yg bersemuut ni.. Hihihihi. Soooooo. Bye bye.

Au revoir. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!


Wednesday, December 3, 2014

The starting of La Vie Arc~ Just keep on running ;)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ..

Otak beku. Tangan kaku. Tubuh menggigil. Terasa meremang bulu roma.

Is this how it feels ? >_<

To write your FIRST entry. FIRST blog. Second maybe.. tak hengat dah kat ceruk mane blog aku yang lama... Ok dah. Cukup tu. Bermula sudah entri saya yang pertama..

Hakikatnya. The fact is. I didn't even know whether it is right tocall my first post as 'entry' ..

It seems like a sign saying "NO ENTRY"

hahahahaha.

Stop it. It was not funny at all. Thehee.

Terima kasih kepada kawan2 yang bersungguh sungguh menghalau saya daripada menyemak di laman sosial Facebook. Hihihi. Main-main jee. Terima kasih kepada semua yang memberi dorongan kepada saya. Semoga coretan dan segala madah yang ditulis di sini memberi manfaat pada yang membaca. 

Dan semoga sama2 kita dapat kejar redha-Nya. yeahh. Mardhatillah! :D

Berdebar jugak ye nak start menulis.. nak merangka ayat,, melakar bicara, menyusun madah.. 

Baiklah.. dalam apa jua perkara.. la tansa bismillah. okay?? Ngee.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami,
kasihanilah kedua-dua ibu bapa kami yang telah mendidik kami sejak kecil ya Allah..
Ya Allah, panjangkanlah umur kami agar kami dapat menambah amal kebajikan kami sebelum nyawa kami diambil ya Allah..
Ya Allah, berkati dan redhailah kawan-kawan kami, guru-guru kami, seluruh muslimin dan muslimat, peliharalah ukhuwah yang telah terbina antara kami..

Ya Allah, hidupkan kami dengan iman kepadaMu..
Ya Allah, matikan kami dalam keadaan kami beriman kepadaMu,
Ya Allah, bangkitkan kami dalam keadaan kami beriman kepadaMu,
dan masukkan kami ke syurga firdausi Mu dengan iman..

Ya Allah, terangkan hati kami.
Mudahkan urusan kami..
Bukakan ikatan dari lidah kami.. 
dan fasihkan tutur kata dan percakapan kami....

Ya Allah, jadikan kami tergolong dalam hamba-hamba yang taat kepada segala perintahMu,
dan sedaya upaya berjihad meninggalkan laranganMu..
yang bersungguh mencari ilmuMu..
yang bersungguh melakukan amar makruf dan nahi mungkar..
Ya Allah, redhailah segala perbuatan kami, amalan2 kami, semoga kami sentiasa mendahulukan 
perkara yang makruf dalam hidup kami..
Ya Allah, berikan kami kecemerlangan di dunia.. agar kami dapat menjadi permata yang bersinar 
untuk ummah, serta berupaya menjadi daie yang unggul dan mampu memberi manfaat kepada orang di sekeliling kami...

Ya Allah, berikan kami kebaikan di dunia dan di akhirat.. dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka..

Amin ya Rabbal Alamin..

..........................

Moga Allah redha.. dengan apa jua yang kita lakukan saat ini. :)

Dalam apa jua perkara kawan2, cek semula.. Adakah Allah redha dengan apa yang kita lakukan?
Adakah apa yang kita buat sekarang ni, makin dekatkan diri kita dengan Allah.. atau makin menjauhkan kita dari Dia? 

Kalau membawa kepada taqarrub ilallah.. alhamdulillah.. istiqamahlah dengan amalan itu..
Kalau vice versa, reflek diri semula... 

Adakah amalan kebaikan kita dah cukup banyak untuk kita berhenti melakukan kebaikan?

Ana pun selalu jugak. Aku pun selalu jeh.. tengok drama korea, hehe.
Baca novel jiwang karat, and selalu gak ber whats app.. bla bla bla.. tapi setakat ni aku takde instagram, twitter.. (kalau ada aku taktau la apa yang akan jadi dengan aku sekarang...)

Biasa la tuh.. It's a norm yang REMAJA zaman sekarang taasub dengan gajet and laman sosial.

Macam2. Sampai aku tak larat nak tulis..

Facebook, Instagram, Twitter, Tumblr, Blog, apa lagi ye ? Iphone, samsung galaxy S4, macam2 lah...

Tapi, remaja2 sekalian... Tolong sangat. Jangan biar diri anda dikawal oleh gajet.. Seyogia andalah yang mengawal gajet2 tersebut. Kita mungkin tak dapat menyumbang banyak untuk tegakkan islam. Kita takde duit berbillion untuk beli senjata bagi menghapuskan zionis laknatullah.. Kita takde badan macam HULK nak lindungi PALESTIN..

Tapi kita masih mampu lakukan satu perkara.... Tegakkan ISLAM dalam diri sendiri..

BERJIHAD lawan NAFSU yang memang susah nak lawan..

Pernah dengar kan? 

Tegakkan ISLAM dalam diri kamu, maka ISLAM akan tertegak di muka bumi ALLAH.

Banyakkan berdoa supaya Allah kuatkan jati diri kita menempuh kehidupan sementara ni. Sentiasa berdoa agar kita tak terleka.. Sebab dunia ni..

Bak kata Dr. Bilal Philips..

PLAY and AMUSEMENT. This is all the world about.

The greatest calamity. The biggest tragedy. The root of all Disasters.. and the mother of all misfortunes..
is.. DISOBEDIENCE TO ALLAH.

Ana + Aku . Pun tak kuat nak hadapi dunia ni.. kadang2 aku jatuh. Jatuh terjelepok.. Jatuh bergolek-golek.. dan aku mungkin menangis tak henti untuk luka yang dalam tu.. luka yang berbekas. Setiap manusia ada sejaah hidupnya yang tersendiri.. Aku manusia. Anda yang membaca pun manusia, dan manusia tak pernah lari dari berbuat kesalahan, kesilapan..

Tapi aku bersyukur, aku ada kawan-kawan sedorm, sekelas, seform, sekolah rendah, sekolah menengah.. and keluarga... mama, abah.. and cikgu2.. yang banyak bantu aku dari terus hanyut... Hanyut ditelan arus kejahilan.

Islam TAK pernah kata. Kau ada sejarah buruk. Kau ni teruk. Kau x layak jadi umat islam.

TAK SAMA SEKALI.. 

Malah islam tawarkan kebaikan.. pada mereka yang hendak berubah. Kerana satu-satunya Tuhan yakni ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu MAHA PENGAMPUN.. dan Dia sentiasa terima taubat Hamba-hambana yang benar-benar ingin bertaubat... Allah terima taubat sesiapa yang dikehendakinya.

Saat kita sedih. Terluka. Barangkali tiada sesiapa pun yang akan faham penderitaan yang kita alami. Tapi ketahuilah. Allah tu sentiasa ada untuk hambaNya. malah Dia lebih dekat dari urat leher kita..

When you are in need of some COMFORT, seek for it through your SOLAT.

Bow your head in the SUJUD to ALLAH and you will find and feel something.

AN OVERWHELMING PEACE. :)

Drown your sorrows and sadness in your SUJUD. In yout TAHAJJUD.

ALWAYS BELIEVE. Allah SWT is the BEST PLANNER. Indeed.
It is he who created you, and certainly, it is ONLY HIM who knows whats best for you.. :)

So. In whatever that we do.. ingatlah Allah.. sebab apa?

Ala bizikrillahi tatmainnal qulub..
Hanya dengan mengingati ALLAH hati ini akan jadi tenang- setenangnya.. 
overwhelming peace.. overwhelming calm..

ok.. dah2 tu.. lari dari topik pulak..

oleh sebab ni adalah entri muqaddimah aku.. ataupun introduction untuk blog ana yang tak seberapa ni... walau tak seberapa, harap ia memberi manfaat.

First and foremost.

Kenapa ek agaknye title blog ni KEEP ON RUNNING ??

Sebab saya suke runningman ? ahahahaha. No No No... Nehi2.. 

Nope! absolutely wrong !

tapi runningman memang best punn.. ia mengingatkan saya the time that I spent with my family, mama, abah, siblings... 

and tak lupa jugak with my beloved teacher, teacher Norkiah.

Yup.. tau tak apa yang aku rasa aku dah miss. saat2 yang sepatutnya aku spent untuk family. kawan2. tapi aku spent pada cinta yang tak perlu pun senanye...

Nak menyesal pun tak guna. Haha. Masa itu dah jadi bubur. Dah boleh makan masuk perut, kenyang~ burppp. tapi kenyang yang sementara je lah..

And I was telling you this so that you can take a moral from it. Dalam hidup ni kita tak sepatutnya mengejar cinta semata. Maksud aku, cinta yang dengan lelaki ajnabi laaaa.. tapi aku support 1000% kalau antum antunna nak kejar cinta ALLAH, cinta RASUL. FAMILY, KAWAN2..

Tu memang mantop lah... Terbaik~

Macam yang aku cakap kat atas tadi. Remaja terlalu leka dengan gajet.. yee. aku punn.. dan aku masih dalam usaha mengawalnya.. sebab aku ingat kata2 ni je...

DUNIA TU SEMENTARA. JANGAN TERLEKA.

Kata-kata yang aku nampak kat loker kawan bawah katil aku..
and loker setiausaha pengawas 2014 untuk sekolah atas bukit.. yang buat aku jadi insaf.

sebab aku baru je gelak tak hengat dunia mase tu. ahahaha.

and another thing. There's a note i put at the mirror in my room telling this.

IF YOU CAN'T CONTROL YOUR EMOTION, YOU CAN STILL CONTROL YOUR ACTION.

Pedulikan grammar mistakes. Maaf teacher~ hehehehe.

Banyak lagi perkara yang boleh kita buat untuk manfaatkan masa yang kita ada... dari biar ia terbazir dengan kita melayan perkara yang tak perlu.

Bagi yang terasa, alhamdulillah. Bersyukurlah, allah masih beri kesedaran dan kelembutan hati.

Bagi yang tak, risaulah andai hati itu terlalu keras untuk menerima kebaikan. menerima teguran..
Berdoalah pada Allah yang memegang hati manusia supaya hati ini dilembutkan untuk menerima kebaikan.. Supaya hati ini tidak ego untuk disuluhkan hidayah dan petunjuk ke jalan yang diredhaiNya..

Senario yang bakal aku tunjukkan ni mungkin dah jadi satu norm bagi segelintir kita..

MAK : Mira, tolong mak sini kejap.

MIRA: (yang sedap memegang smart phone nye. semat lah sgt phonenye~ :P)
            aduh mak aku ni.. ye mak, kejap mak. lima minit, lima minit.
MAK: cepatlah Mira...

MIRA : ok mak, ok mak, coming... ~

30 minit kemudian.....................

MIRA : astaghfirullahaladzim! mak aku! ya allah! maaaaaak! Mira datang. mak nak mintak tolong apa?

MAK : Tak payah lah mira, dah siap pun.. nape tak datang esok je. Mira ni . asik main henfon aje..
            Kata dah habis spm nak tolong mak?

MIRA : ....... sori mak, mira tak buat lagi dah... (hamek kau, kne sebijik)

Hurmm.. Lain orang lain versinya, tapi mesti situasi yang sama kan? >< aku pun pernah hadapi situasi ni.
maybe lain sikit. Tapi itulah dia.. Remaja zaman sekarang yang terleka dengan gajet. Generasi Y yang mudah ditundukkan dengan gajet.. dan bukan yang mudah dibangkitkan semangatnya dengan al quran.. 

Hmmm.. Kawan2. Remaja2 sekalian... Antara golongan yang Allah akan naungkan kat syurga nanti ialah pemuda yang semasa zaman remjanya banyak dihabiskan dengan mendekatkan diri kepada allah..

wahai remaja2 idaman syurga firdausiNya.. mungkin ramai antara kita yang masih tak tahu tentang tujuan kita dihidupkan ALLAh di muka bumi ini.

Dalam surah Az-Zariyat 51: ayat 56.

"Dan (ingatlah), Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku"

Dalam surah Al-Mukminun 23: ayat 115.

"Maka adakah patut kamu menyangka Kami hanya mencipta kamu (dari tiada kepada ada) tanpa sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu menyangka pula bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?"

Hari ni, Ramai remaja lelaki yang berlumba mencari teman wanita. Tak kurang juga remaja perempuan yang mencari teman lelaki.. Jadi di manakah Allah di hati kita ? 

Tak kurang jugak. Remaja zaman sekarang terlalu pentingkan paras rupa, kecantikan, kecomelan, kehenseman, kekacakan, kesegakan, kesadoan, ke... an, ke.... an... dan sebagainya..

Tak sedarkah kita?

Lawa mana pun muka kita akhirnya muka ni akan jadi makanan cacing di kubur nanti..

Dr Bilal Philips pernah bermadah, katanya :

No matter how pretty your face is, you will still be the food of worms, so set aside your arrogance and remember your grave, your death..

Zikrul maut, kawan..hidup ni sementara je..

Remaja2 yg sedang cuti sekolah (termasuk saya)....

Apa salahnya, Dah habis SPM ni.. atau.. time tengah cuti ni.. tolong2 lah mak kat dapur tu. atau kalau mak2 kita kerja,, try something new. cubalah masak.. hahaha. ayam masak kicap ke, mee goreng ke, kan?? haaa.. mane la tau, dapat masukmasterchef. top 10 ke, top 3 ke .kaaaaaannn.. hahahah.

Atau pun. Belajar lah untuk bersosial dengan orang sekeliling, oops. jangan salah fhm ye dengan istilah sosial.
bukannya bersosial sampai langgar batas lelaki dan perempuan. 

Tapi bersosial dalam erti kata berineraksi atau berkomunikasi dengan sanak saudara, jiran tetangga, rapatkan hubungan dengan family yang kita tak kenal...

yeee.. semakin kita besar,semakin kita kene berfikiran matang... berfikiran jauh untuk kemaslahatan ummah.. apa yang seorang remaja biasa seperti kita dapat lakukan untuk membantu menegakkan islam walau sumbangan kita sedikit cuma.... senada dengan aforisme kann. sikit2 lame2 jadi??

Gunung everest.. or gunung Himalaya..

mungkin tindakan kita hari ini yang akan membuka mata orang2 bukan islam bahawa islam ini memang dan sememangnya menawarkan kesejahteraan dan keselamatan untuk penganutnya.

Tak pun. cuti2 macam ni... bagi pelajar2 yang masih bersekolah bagi sesi 2015, ana dah taaak.. yeehaa. hahahaha.

studi la untuk PT3, SMA (kalau ada), SPM, UPSR, PSRA.. atau mungkin kita boleh jugak tambah ilmu. topup ilmu untuk jadi manusia yang berguna, perlu kita ingat. al ilm fis sudur wa laisa fil kutub,

so untuk kawan2 tingkatan lima yang dah habis sekolah...
jangan ingat dah habis skolah takyah studi dahh.... ilmu yg kita belajar bukan kerana exam kan, jadi,.. buktikan. bukak la balik buku addmt, fizik, kimia, ekonomi, pronsip perakaunan,lukisan kejuruteraan dll. hahahaha. mungkin sukar. tapi untuk menjadi muslim yang super... banyak ilmu perlu kita kuasai. bukan ilmu tertentu semata. x semestinya budak sains x leh belajar sastera, and budak sastera tak boleh ambil tahu pasal sains, jangan sempitkan diri dengan pemikiran seperti ini,

kalau terus terusan belajar satu bidang je. sampai bila umat islam nak maju???

kenapa lah rasa macam lari topik je..

ok. title blog ni senanye .. bermaksud seruan kepada sekalan makhluk allah di muka bumi yg fitrahnya sering lupa dan alpa..atau boleh jugak nak kata seruan untuk menjadi RUNNINGMAN dalam mengejar redha ilahi. dalam mengejar mardhatillah. fuuh. berpeluh peluh nak habiskan ayat ni... 

KEEP ON RUNNING. towards his bless. 

Rasa macam dah taktau nk tulis apa.

Untuk adik2 yang bakal hadapi apa jua peperiksaan...

CHAIYOK2. GANBATTE!! jangan dan jangan. OOPS. SALAH, ELAKKAN study last minute... budaya sekolah atas bukit ----> study last minute. no no no... jangan ye. 

Hakhakhak. sentap betul...

Serius ni. Nak berjaya, perlukan pengorbanan.... Korbankan segala gajet. GAJET laaaagiii...

PS2, handphone, TV, drama korea, games, hangout, bla bla bla.

cita2 x sepatutnya dirangka last minute. cita2 patutnya dirangka sebelum kita terpikir nak merangka.
aiyo.. dah berbelit macam ular dah ayat aku.. korbankan gajet yang kian meracuni minda anak muda masa kini...

Letakkan aim selari dengan usaha. In shaa allah, berjaya... and ingatlah selalu. kalau kita tolong orang, tolong agama allah,, tentu allah akan tolong kita. 

palinggggg pentingg.

azmil umur. 

DOA tu sangat penting. SENJATA kita,
TAHAJUD tu pun double2 penting. PENENANG kita
DHUHA tu pun penting... PUNCA REZEKI kita...
BACA QURAN pun penting.. sumber HIDAYAH untuk kita...

PAAALING PENTING. ISTIQAMAH lah dengan amalan yang kita lakukan walau ia sebesar atom, ion atau molekul.. walau ia sebesar ion bercas negatif..

yang lagi lagi EXTRAVAGANZA penting..

LAKUKAN ia bukan kerana SPM semata. tapi lakukan ia kerana ALLAH AZZA WA JALLA.

okay?

SPM tu dunia jeee...
Jangan sampai kita dapat SPM straight A, TAPI tercicir AKHIRAT...

Nauzubillahimin zalik...

Lebih baik tak dapat SPM straight A dari LOST benda paling BERHARGA -
AKHIRAT dan MARDHATILLAH...

Niatkan semoga dengan kejayaan kita dalam SPM..
Kita dapat jadi permata ummah yang memberi manfaat dalam pembentukan ummah.
dalam menegakkan khilafah pemerintahan islam kat dunia ni..

Dan.. untuk yang terakhirnya...
Antara TANDA2 ORANG YANG BODOH ialah ORANG YANG ELEWATKAN TAUBAT TERHADAP TUHANNYA YANG MAHA ESA...

Semoga Allah sentiasa beri hidayahNya pada kita.

Let's Shift our Paradigm.

Thursday
3.40 p.m.
4/12/2014

P/S: Hayatilah surah luqman.. ms 411. kalau tak silap.
       Banya teladan yang boleh kita dapat... mana2 kita pergi. Jadikan al-quran tu
       MAIN GUIDANCE kita... sebab nabi kata selagimana kita berpegang kepada dua benda
       iaitu ALQURAN dan ASSUNNAH, kita takkan sesat,in shaa Allah.
       Okay? sayang kalian semua, kerana ALLAH.... :)